22 Feb 2013

Panduan Aturcara Majlis Perkahwinan

Tajuk : Sample Aturcara Majlis Perkahwinan Melayu (dengan merenjis)
Anggaran Tempoh Majlis : 5 jam



PerkaraMasaAktiviti
111.00 pagiKetibaan Tetamu.Tips :
  • Pastikan pihak catering, sistem siaraya (PA System), penyedia khemah, penyedia pelamin dan lain-lain telah pun selesai membuat pemasangan/persediaan sebelum jam 11.00 pagi
212.30 tengah hariPaluan kompang dan perarakan pengantin ke meja makan beradab.
312.45 tengah hariPengantin dan rombongan duduk di meja makan, kompang berhenti.
412.55 tengah hariBacaan doa.
51.00 petangMakan beradabTips:
  • Pasukan kompang/gamelan boleh memalu kompang/instrumen untuk persembahan pada waktu ini.
61.45 petangPengantin memotong kek
72.00 petangPengantin berjalan ke pentas pelamin
82.05 petangUpacara merenjisTips:
  • Kebiasaannya didahulukan dengan VIP yang dijemput
  • Kemudian diikuti datuk dan nenek kepada pengantin lelaki dan perempuan
  • Ayah dan ibu pengantin lelaki
  • Ayah dan ibu pengantin perempuan
  • Kemudian terbuka kepada ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudiannya pengantin perempuan. Lebih baik jika ada senarai nama untuk memastikan masa terkawal.
92.30 petangSesi fotografiTips:
  • Keluarga rombongan yang mengiringi pengantin didahulukan kerana mungkin mereka ingin pulang.
  • Kemudian sesi keluarga kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan bergabung (jika ruang pelamin mengizinkan
  • Kemudian sesi fotografi keluarga hos / tuan rumah
  • Rakan-rakan/tetamu boleh mengambil gambar dengan pengantin bila ada waktu terluang.
103.00 petangKeberangkatan pulang keluarga rombongan pengantin (lelaki/perempuan) yang mengiring pengantin.
113.15 petangPengantin beramah mesra dengan tetamu yang sedang menjamu selera
124.00 petangTamat

Tips tambahan:
  • Dicadangkan agar makan beradab dijalankan terlebih dahulu sebelum merenjis kerana merenjis mungkin mengambil masa yang agak panjang dan rombongan akan terasa lapar.
  • Jika ingin merenjis dahulu kemudian baru makan, hanya perlu susun semula perkara 2-8 mengikut kesesuaian.

Peringatan: Semua masa dan acara adalah cadangan semata-mata. Terpulang kepada anda untuk mengubahsuai mengikut keperluan majlis. Admin tidak bertanggungjawab dengan kesulitan yang dialami oleh sesiapa yang menjadikan sampel-sampel ini sebagai rujukan (sama ada anda mematuhi 100% ataupun telahpun mengubahsuai contoh yang diberikan).

Sumber: Kahwinmall.com

No comments:

Post a Comment

Thanx lovelies

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...