21 Jan 2014

Pertama di Malaysia- Pelamin Delivery

Pertama kali di Malaysia! Kami deliver pelamin terus ke pintu rumah anda..
Dengan sewa hanya Rm210, anda dah boleh mendeco sendiri pelamin impian anda.. Pelamin mini sesuai untuk majlis pernikahan, tunang atau Katam Quran.
FREE delivery.. Yes! Its Freeeeee!! Memang rugi tak grab.
Mudah dan Jimat masa!



Antara testimoni from our beloved customer


Jadi, jangan ragu ragu untuk berurusan dengan kami.. InshaAllah kami cuba memberikan yang terbaik hanya untuk anda.


Selamat ber Diy ladies..
Be creative & stylo!


Whatsapp 017 3139044



19 Jan 2014

Sewa Pelamin Mini DIY -2014

Dengan lafaz Bismillah..

Assalammualaikum adik-adik dan kakak-kakak yang disayangi..



Atas permintaan ramai!

Disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan dikalangan bakal bakal tunang dan pengantin, kami ingin war warkan servis sewa pelamin mini kami yang terkini..
Kami amat memahami situasi anda..lagi lagi bila majlis yang semakin hampir.. mesti busy kan buat preparation.. (mengikut pengalaman kami, kesian tengok uallls datang malam lps balik kerja nak collect barang dlm keadaan penat. Tengok muka pun tau dah.. tu belum campur sesat barat lagi..haha! kami sangat faham!)

Khas untuk anda yang teringin mendeko pelamin sendiri,  Sekarang,  anda dah tak perlu susah payah ke tempat kami untuk collect barang pelamin.. u alls just tunggu & duduk di rumah and kami sendiri akan deliver barang pelamin ke pintu rumah anda! 

SENANG & JIMAT MASA..

Masa yang ada, anda dah boleh gunakan untuk buat benda lain..
Dan yang bestnya, delivery adalah PERCUMA untuk area Shah Alam, Klang, puchong, PJ, Kuala Lumpur (luar kawasan jajahan mungkin ada sikit extra caj)

Booking segera yunk coz based on our past experience di tahun 2013, ramai b2b yang kecewa tak dapat nak sewa. Sekejap je dah fully booked!


Terma & Syarat penyewaan terkini 2015

1) Jika anda bersetuju untuk sewa barang pelamin, sila Deposit Rm30 untuk booking dan     lock tarikh.. (non refundable) ini sangat penting sebab tanpa deposit bermakna anda masih belum confirm, maka kami berhak sewakan barang tersebut kepada orang lain pada tarikh yang anda mahukan. Delivery hanya akan dibuat selepas pembayaran deposit.   

2) Security Deposit dikenakan sebanyak Rm 50 sahaja! & its refundable..
 Meaning, total yang anda perlu bayar hanya Rm230 lepas tolak deposit Rm30. Dah murah ni yunk..
 Time collect barang, saya akan return security dep. So, jgn risau..

3) Penghantaran pelamin ke rumah anda hanya akan dibuat pada hari Sabtu atau Ahad. Tiada penghantaran dibuat pada hari bekerja.

4) Kami akan collect pelamin yg di sewa pada hari Sabtu atau Ahad (selepas majlis   selesai).
So, make sure after majlis tamat, u all dah siap kemas dan packing barang yang di sewa.. ok, bolehkan..




Hanya Rm210 and its all in! Warna tirai boleh tukar ikut tema majlis anda..



Untuk info/booking Sila


Whatsapp 017 3139044


12 Jan 2014

Idea Doorgift 1- Buat Sendiri Popcorn

Assalammualaikum b2b & blogger..

Mesti ada yang tengah fenin-fenin lalat nak cari idea buah tangan atau doorgift untuk majlis perkahwinan nanti..
Jangan risau dear..hari ni saya nak share satu resepi yang simple, mudah dan pastinya berbaloi-baloi untuk anda yang nak hasikan doorgift sendiri.. sebab apa saya kata BERBALOI-BALOI?
Sebab
Walau  hanya bermodalkan Rm2.90, hasil yang u all akan dapat, MasyaAllah 2 besen besar u.. tak ke banyak!
Ok,,jom kita tengok cara nak buatnya.. senang je.


       Resepi HOMEMADE POPCORN

1 sudu besar Minyak masak
1/2  cawan Biji popcorn

Cara buat:
1) Panaskan minyak dalam periuk. Api sederhana besar.
2) Dah panas, masuk sedikit popcorn dulu. Kalau dah start meletup, masukkan semua dan tutup periuk.. tunggu sampai semua dah meletup baru tutup api.

Resepi caramel

1 cawan gula perang (guna cawan metrik ye)
1 sudu kecil garam
1/2 cawan light corn syrup atau madu
1 cawan Butter
1/2 sudu kecil Baking soda
2 sudu kecik mocha or capuccino paste/emulco (optional)

Cara buat;
1) Campurkan gula perang, light corn syrup, butter, garam n baking soda dalam periuk.
2) masak atas api sederhana kecil hingga mendidih. Tutup api.
3) Letak popcorn yang dah masak atas dulang besar, tuang caramel dan gaul rata.
4) Bakar dalam oven 150c setengah jam. (Ikut oven masing masing. Boleh test dulu bakar sikit)Setiap 10 minit, gaul popcorn dengan senduk kayu supaya bakar rata. Kalau tak cukup garing, tambah sikit masa masaknya..
5) dah siap bakar, leraikan popcorn yang bercantum dan melekat tu.. sejukkan, simpan dalam tupperware bertutup..

Kalau nak buat popcorn coklat pun boleh juga.. boleh try ni.

1 cawan milk or dark chocolate. (Cincang kecil)
1 tbsp butter 

Cara buat;
1 ) Double boil coklat sampai cair.
2) masukkan butter. Kacau sebati.
3) tuang atas popcorn yang dah masak tadi..gaul rata. 
4) bakar dalam oven 30 minit utk bagi rangup.



Ini dia rupa bertih jagung untuk popcorn tu.. boleh beli di tesco, Giant atau kedai bakeri.


Bila minyak dah panas, masukkan jagung tersebut.. nak test power, masukkan 5 biji dulu, kalau dah meletup, baru masukkan semua. 
Pastu, jangan lupa tutup periuk tu.. bole melompat sampai ceiling oooo...


Tunggu sampai semua bertih jagung meletup.. (akak tunggu sambil tepuk tepuk tangan u..happy lak coz bunyi macam mercun)  
sesekali kacau dgn senduk kayu just to make sure semua dah masak rata. (Becareful ye..takut popcorn melompat kena muka! Tak pasal pasal melecur muka pengantin. Kang bersanding muka berparut popcorn lak.aduii..hahaha!)

Ini lah popcorn yang dah siap! Tapi rasa plain je.. so, kena buat perisa dia..


Saya gaul dengan caramel then bakar dalam oven 30 minit untuk kering dan rangupkan popcorn..
Lepas bakar, pisahkan dengan tangan/senduk popcorn yang bercantum.. sejukkan sekejap.




Pastu, bila dah kering dan sejuk, boleh masukkan dalam balang kaca macam saya buat ni.. letak ribbon or sticker.. settle!
Nampak mahalkan.. padahal buat sendiri je dgn kos yang agak rendah..
Balang kaca tu kalau nak murah bole beli di Quality Pack Puchong.. Kat Nilai pun murah gak time offer..
Atau
Nak bajet lagi, bole masuk je dalam plastik doorgift kecik, pastu ikat n letak ribbon..

Ok, dah boleh bagi kepada tetamu yang hadir atau nak buat goodies utk birthday party pun boleh jugak



terima kasih pada yang singgah baca dan semoga bermanfaat..

Salam sayang - ANA  founder of  ♥ Roxana Creation♥  &  ♥Roxana kek & Coklat ♥

3 Jan 2014

10 Warna Paling HOT untuk wedding 2014

Dari meja kami - 1.54 am
============

Salam gorgeous.. Alhamdulillah, tahun 2014 dah pun menjelma.. bersama azam baru dan semestinya dengan semangat yang lebih membara, mari bersama kita mengorak langkah bagi mencipta kejayaan yang lebih besar.. fuhh..ayatt.. azam yang tak tercapai tahun lepas tu, cer tulis kenapa gagal nak capai, list kan balik..why?
Jadi 2014 ni, buat la ulangkaji sikit, ejas and buat yang terbaik dan cuba capai mana mana impian yang tak tercapai tu..

Ok, Untuk anda yang bakal menjadi raja sehari tahun ini, dijangkakan persediaannya lebih mencabar..mana taknya dengan harga bahan dan kos yang serba serbi naik.. aduhai,, memang banyak yang perlu difikirkan.. kalau tak buat, rasa macam perlu,,,ye la..nanti orang cakap apa pulak.. nak puaskan hati semua pihak bukannya suatu yang mudah..
Catering, pelamin, doorgift semua tu makan ribu riban.. tu belum campur benda yang remeh temeh lagi..

Apa pun,, make it simple la dear..rasa mampu dan ada bajet lebih, buatlah.. ikut kemampuan masing-masing la ye..yang penting, biarlah majlis berjalan dengan sederhana namun meriah.. itu lebih baik..

Tahun 2014 juga, saya perhati dah semakin ramai b2b yang minat dengan pelamin tirai..pastu, tirai tu pulak dipasang secara silang, kekadang sampai bersimpang siur tirai tu di buatnya.. tapi kalu pandai design, ditambah pulak dgn mirror stand and led lighting, pelamin memang nampak stunning and stylish. Simple yet exclusive..
Penggunaan kayu panel dah agak berkurangan..namun masih ada peminatnya yang tersendiri.. (sebenarnya, saya masih duk pikir apa nak buat dengan panel pelamin yang ada tu, tak guna, macam rugi pulak.. oh! Tetiba dapat idea, saya nak upgrade sikit kayu panel tu, maybe akan diy dan gam dengan cermin..baru nampak mewah)

Dan bantal hiasan pulak, ala,,yang bentuk bulat or 4 segi tu la.. letak sepah2 tepi pelamin. bak kata abang Nas Great Idea, untuk tahun 2014, semua bantal perlu dimasukkan ke dalam muzium.. huhu..tapi kan rasanya saya masih memerlukan bantal bantal tersebut.. jangan tak tau,, bantal tu kan penyeri pelamin..masih relevan namun maybe boleh letak bling bling and glitter skit untuk nampak trendy..

Ok, nak share lagi.. bagi yang nak buat wedding tahun ni, dah ada ke warna pilihan untuk majlis anda?  Wah,,mesti jenuh jugak nak pikir tu..kejap nak kuning, kang esok tukar colour purple lak,, pastu tetiba tulat nampak colour biru macam cantik jer,, tukar lagi... aikk..berapa kali tukar daaa..
Hari tu, ada beli majalah Pengantin, dalam tu ada bagitau trend warna untuk wedding 2014, so saya share di sini warnanya.. bagi yang belum ada warna tema, b2b bole refer gambar ni la ye.. serius cantik warnanya..

Boleh dijadikan panduan untuk buat wedding dress, hantaran juga pelamin.. tu, radiant orchid cam cantik jer.. i like..hihi..

Top 10 Colour Trend for Wedding 2014


Picture from Google.


Wah..panjang berjela posting kali ni.. thanx pada yang sudi singgah n baca.. semoga anda mendapat sedikit idea untuk majlis anda.

XoXo

Salam sayang
Ana & Mus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...